Tajuk buku:Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan
Penulis: Ridz Muhammad dan Jelita A.Rahim
Penerbit: Sprint Career Academy.
Tahun : 2006
ISBN: 983-41926-9-X
Cetakan Pertama: April, 2006
Cetakan Kedua: Oktober, 2006
Harga: RM18.90 senaskah
Anda bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri? Mungkin anda pernah melalui situasi di atas dan mungkin anda telah beberapa kali diberi ‘nasihat’, cabaran, ungkapan serta tanggapan negatif yang bertujuan melemahkan semangat. Jangan mudah berputus asa. Jika apa yang anda ketahui boleh dijual, anda boleh memulakan sebuah perniagaan yang berjaya.Penulis: Ridz Muhammad dan Jelita A.Rahim
Penerbit: Sprint Career Academy.
Tahun : 2006
ISBN: 983-41926-9-X
Cetakan Pertama: April, 2006
Cetakan Kedua: Oktober, 2006
Harga: RM18.90 senaskah
Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan mendedahkan segala rahsia dan strategi ahli-ahli perniagaan berjaya yang telah diamalkan selama 20 tahun dan perlu diketahui untuk membantu anda merancang perniagaan sendiri.
- 10 kaedah cepat untuk memajukan perniagaan kecil.
- 10 kaedah berkesan meningkatkan keuntungan perniagaan.
- Menyediakan kertas cadangan perniagaan yang menyakinkan.
- Langkah-langkah meningkatkan peluang kelulusan pinjaman
- Panduan mudah memilih, merancang, menubuh, mengurus, mencari modal dan mengembangkan perniagaan kecil.
Jika anda pemilik atau pengurus perniagaan sedia ada, buku ini merupakan rujukan tambahan untuk anda meningkatkan lagi kualiti pengurusan atau memperbaiki situasi perniagaan yang sedang dijalankan. Kepada anda yang ingin memohon pekerjaan di syarikat atau organisasi perniagaan, buku ini menyediakan anda dengan pengetahuan yang perlu mengenai pengurusan serta struktur sesebuah organisasi perniagaan dan pengetahuan ini akan memberi anda keyakinan, kelebihan di samping menambah nilai diri (value-add) apabila menghadiri sesi temuduga kerja.
Pencapaian:
Buku ini telah dipilih oleh Perpusatakaan Negara Malaysia untuk dibekalkan ke seluruh perpustaksaan desa seluruh negara sebagai bahan bacaan dan rujukan masyarakat desa dibawah projek Perpusatakaan Negara Malaysia (PNM), Rancangan Malaysia Ke-9.
KANDUNGAN
1. Ciri-ciri Utama Usahawan
2. Memilih Perniagaan Yang Sesuai
3. Menamakan Perniagaan
4. Panduan Permohonan Nama Perniagaan
5. Jenis-jenis Penubuhan Perniagaan
6. Panduan Pendaftaran Perniagaan
7. Bermula Secara Kecil-kecilan
8. Membiayai Perniagaan
9. Langkah-langkah Meningkatkan Peluang Pinjaman
10. Memilih Rakan Kongsi
11. Penggunaan Tenaga Pakar
12. Pengurusan Masa
13. Pemilihan Lokasi Strategik
14. Pengurusan Organisasi Perniagaan Kecil
15. Pentadbiran Pejabat
16. Langkah-langkah Membangunkan Produk
17. Penyediaan Rancangan Perniagaan
18. Menganalisa Situasi Perniagaan
19. Perancangan Sistem Operasi
20. Perancangan Jualan dan Pemasaran
21. Perancangan Kewangan
22. Jenis-jenis Dokumen Perniagaan
23. Menetapkan Harga Jualan
24. Percukaian
25. Panduan Mengira Zakat
26. Sebelum Anda Bermula
CONTOH-CONTOH PENYATA KEWANGAN
27. Penyata Ringkasan Projek
28. Penyata Perbelanjaan Modal
29. Penyata Perbelanjaan Operasi
30. Pro-Forma Penyata Aliran Tunai (1 Bulan)
31. Pro-Forma Penyata Pendapatan (1 Bulan)
32. Pro-Forma Penyata Aliran Tunai (12 Bulan)
33. Pro-Forma Penyata Pendapatan (12 Bulan)
34. Penyata Imbangan Duga dan Susut Nilai
35. Analisa Titik Pulangan Modal
36. Formula Menentukan Harga Jualan Produk
CONTOH-CONTOH DOKUMEN PERNIAGAAN
37. Sebutharga
38. Pesanan Pembelian
39. Invois
40. Pesanan Penghantaran
41. Baucer Pembayaran dan Tunai Kecil
BONUS
42. Tips Bisnes 20 Tahun
43. Carta Semakan Memulakan Perniagaan
44. Direktori Perniagaan Kecil
No comments:
Post a Comment