Saturday, 3 December 2011

Majalah Usahawan Sukses



Sejak lebih sedekad majalah USAHAWAN SUKSES telah menjadi pilihan usahawan untuk memperolehi maklumat perniagaan dan keusahawanan. Diterbitkan dwi-bulanan (setahun 6 kali) semenjak tahun 1999, majalah USAHAWAN SUKSES telah diambil alih pada tahun 2008 oleh syarikat Big Step Communication (anak syarikat di bawah Pustaka Wira Sdn Bhd).

Jadi dapatkanlah buku terkini keluar yang terbaru.

Majalah Jutawan






Majalah jutawan merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang memberi penekanan berkaitan keusahawanan dan perniagaan.

Pelbagai isu dikupas melalui beberapa segmen seperti INSPIRASI KITA (Tokoh keusahawanan), KOPERASI SUKSES, JUTAWAN FRANCAIS, JEJAK JUTAWAN, JUTAWAN IT, KONGSI JAYA, BELIA NIAGA, LUAR NEGARA, SOAL JAWAB PENGGUNA dan KEHIDUPAN.

Lain-lain segmen seperti SANTAI (Lokasi percutian pilihan), TERKINI (Restoran & resipi), BAUCAR (Promosi produk terkini bersama baucar diskaun) dan pelbagai aktiviti perniagaan melalui SANA SINI.


Majalah JUTAWAN diedarkan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan jumlah cetakan 50 ribu naskhah sebulan pada setiap bulan. Majalah ini boleh didapati di mana-mana bookstore utama seperti mynews.com, MPH, Border, dan untuk keluaran Ogos pembaca boleh temuinya di 7-Elevan terpilih. Sasaran pembaca JUTAWAN adalah dari lingkungan 20 tahun ke atas.


Anda juga boleh mendapatkan produk atau perniagaan anda membuat iklan di Majalah Jutawan juga.

Usahawan Cilik: Si Blogger Kampung

Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-369-063-3
Tarikh Terbit: 28 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 208

Ia bermula dengan peristiwa Haeqal berpindah ke kampung Pokok Mangga. Ia berpunca daripada ayahnya yang berpindah tempat kerja ke Melaka. Pokok Mangga merupakan kampung yang pernah terkenal dengan deretan pokok mangga sepanjang jalan serta menjadi tumpuan mendapat buah-buahan yang menjadi tarikan orang ramai. Ini juga menjadi sebab perusahaan kampung lain hidup mewah kesan daripada keunikan kampung ini. Namun, disebabkan pembangunan kampung ini hanya tinggal nama sahaja. Kesan daripada situasi ini, kampung ini menjadi terpinggir, penduduk kampung yang sudah biasa dengan perusahaan kampung melalui keadaan getir mencari rezeki. Salah seorang daripada mereka adalah Puan Jamilah, pembuat tikar mengkuang. Dia terus memaksa diri membuat tikar dan menjualnya setiap hari meskipun tidak laris. Beliau berniaga dengan bantuan dua orang anak kembarnya iaitu Asyraf dan Juwaini. Haeqal sedar akan keadaan ini percaya, jika mereka diajar memasarkan produk di internet, keadaan akan berubah. Bukan sekadar kehidupan Puan Jamilah, malah kehidupan orang kampung lain yang berniaga. Bermulalah peristiwa perubahan kampung yang mati menjadi kampung yang hidup di dunia internet
Isi Kandungan
Bab 1 Tinggal Dahulu
Bab 2 Cerita Lama
Bab 3 Dunia Baru
Bab 4 Kembar Ceria
Bab 5 Ambil Kesempatan
Bab 6 Seringgit Pertama
Bab 7 Mencari Peluang
Bab 8 Malas Menjaja
Bab 9 Kunci Kedai Pertama
Bab 10 Lampu Hijau
Bab 11 Sekutu Baru
Bab 12 Pujuk Memujuk
Bab 13 Klik klik
Bab 14 Pukul Gendang
Bab 15 Sedar kembali
Bab 16 Kejutan Besar

Keusahawanan Pelancongan: Potensi Dan Isu-Isu Semasa


Penyunting: Che Ani Mad, Mohomad Amin Md Idris,
Mohd Rushdi Idrus & Muhd. Iskandar Zulkarnain Muhd Suhaimi
ISBN 983-2870-71-2
RM22.40


Keusahawanan Pelancongan: Potensi dan Isu-Isu Semasa merupakan koleksi rencana yang memuatkan  perbincangan berdasarkan sebahagian daripada hasil kajian yang terpilih.  Buku ini memberi tumpuan kepada isu semasa yang menjadi rintangan dan cabaran dalam bidang keusahawanan pada era liberalisasi dan globalisasi.
Isu dan topik kajian diberi perhatian menyeluruh bagi melengkapkan pengetahuan para pembaca, khususnya para usahawan berfikir sambil menyediakan asas yang kukuh kepada keperluan untuk berjaya dalam bidang keusahawanan pelancongan.  Ia sangat sesuai dibaca dan dikaji oleh para pelajar, usahawan, ahli akademik, penggubal polisi dan pembaca umum.
Susunan bab di dalam buku ini telah diatur dengan teliti bagi memudahkan para pembaca.  Para usahawan diharapkan mampu untuk membina kefahaman yang mendalam dan berkesan melalui perkaitan antara artikel.  Selain itu, terdapat ciri-ciri motivasi yang cuba disalurkan melalui artikel yang dimuatkan agar meninggalkan kesan kepada para pembaca.

Membongkar Keusahawanan Cina Tua

Meskipun kehidupan Apek sering diperkatakan, namun kisah kehidupan Apek begitu sukar didapati dalam bentuk pembacaan atau dengan erti kata lain dibukukan. Buku ini diolah dalam bentuk dialog perbualan dengan Apek sendiri.

Ayat-ayat yang digunakan dalam buku ini berbentuk santai dan mudah difahami serta menarik minat sesiapa sahaja yang ingin mengetahui cara-cara bagaimana untuk mengurus kewangan peribadi secara berhemah.Amalan-amalan seharian Apek dikupas khas untuk tatapan pembaca. Melalui buku ini, pembaca akan dibawa untuk menyelami kehidupan Apek yang mementingkan kehidupan bersederhana sehingga menjadikannya seorang yang kaya raya.

Kehidupan yang kaya raya tidak menjadikan Apek bermewah-mewah dalam berbelanja tetapi menyedarkannya lagi untuk hidup lebih bersederhana. Dengan kekayaan yang ada, Apek mampu memiliki apa sahaja, tetapi beliau lebih mengemari dan memilih kehidupan bersederhana.Jarang sekali kita lihat orang yang kaya raya menjalani kehidupan yang sederhana tanpa bermewah-mewah. Inilah keistimewaan Apek yang mengatur kehidupannya mengikut keutamaan bukannya mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

Pelbagai teknik untuk mengurus kewangan peribadi dinyatakan dengan jelas dan lebih praktikal berbanding sekadar menyatakan secara teoritikal yang mungkin mudah untuk didengar tetapi sukar untuk diamalkan.Sinonim dengan amalan kehidupan bersederhana, teknik-teknik mengurus kewangan peribadi yang diamalkan oleh Apek menjadi antara kekuatan utama buku ini. Buku ini juga menyingkap sikap terlalu mahu cepat kaya di kalangan masyarakat kita sehingga terjebak dengan pelbagai skim penipuan kewangan.Bersama-sama dengan teknik-teknik mengurus kewangan peribadi secara berhemah, buku ini juga memperkatakan skim cepat kaya dan pelbagai teknik penipuan kewangan.

Tidak lengkap bagi sesebuah buku motivasi kewangan jika tidak membincangkan strategi-strategi pelaburan dan kewangan. Ini kerana strategi-strategi pelaburan dan kewangan yang tepat akan memberi kita kelebihan untuk meningkatkan pendapatan kita.Kita sering kali mengeluh tidak cukup wang, namun kita tidak sedaya upaya untuk memahami strategi-strategi pelaburan dan kewangan. Ilmu kewangan merupakan satu seni dalam kehidupan. Ia mustahil dapat diamalkan tanpa adanya pengetahuan yang mendalam mengenainya. Pengetahuan inilah akan membantu kita menggunakan strategi-strategi pelaburan dan kewangan yang tepat dalam menggandakan wang. Ia memerlukan usaha dan juga ilmu pengetahuan.

Buku ini amat sesuai untuk generasi muda yang masih terkapai-kapai dalam mengurus kewangan peribadi mereka. Menurut rekod Jabatan Insolvensi Malaysia bagi tempoh 2005-2010 (selama lima tahun) sebanyak 83,389 kes kemuflisan dan 1,046 kes daripadanya melibatkan golongan muda berusia bawah 25 tahun.Berdasarkan jumlah kemuflisan ini, masyarakat Malaysia terutamanya generasi muda tidak boleh tidak, wajib mempelajari dan mendalami ilmu mengurus kewangan peribadi. Dengan cara mendalaminya, barulah mereka dapat mengurus kewangan secara mantap dan seterusnya mengecapi kebebasan kewangan yang diidam-idamkan oleh sesiapa sahaja.Di samping Rahsia Kekayaan Apekberorientasikan pengurusan kewangan peribadi, rahsia perniagaan yang diamalkan oleh Apek juga dibincangkan dalam buku ini. Amalan-amalan inilah yang menjadikan perniagaan Apek berkembang maju sehingga dapat diwariskan untuk anak-anaknya.

Bukan sekadar berniaga untuk sesuap nasi, sifat keusahawanan Apek berorientasikan masa hadapan menjadi kekuatan kepada perniagaannya untuk berkembang maju. Penat- lelah beliau akhirnya terbalas apabila mempunyai sebuah perniagaan yang berdaya maju dan dikenali ramai.Buku ini patut dibaca oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada ahli perniagaan mahupun bekerja makan gaji. Secara keseluruhannya, buku ini merupakan satu keperluan untuk semua lapisan masyarakat yang berkeinginan besar untuk keluar daripada belenggu kewangan peribadi dan mencapai kebebasan kewangan

Nota Jutawan Nota Kewangan - Dr.Irfan Khairi



Buku ini adalah buku ketiga hasil tulisan Dr Irfan Khairi selepas Nota Jutawan Nota Motivasi dan Nota Jutawan Nota Perniagaan. Di dalam buku ini penulis memberi panduan kewangan yang boleh digunapakai oleh pembaca sekalian. Kewangan adalah satu aspek yang sangat penting dalam keusahawanan kerana wang adalah nadi perniagaan. Selain perniagaan, perancangan dan pengurusan kewangan juga amat penting dalam kehidupan seharian dan seterusnya memastikan perjalanan hidup tersusun dengan teratur. Tetapi, apa yang lebih penting adalah bagaimana menguruskan wang secara bijak.

Kebanyakan kita berfikiran bahawa orang kaya sahaja yang perlu merancang kewangan sebab duit mereka banyak, takut hilang tidak tahu ke mana. Silaplah jika kita berfikiran begitu. Semua orang perlu bijak mengurus dan merancang kewangan mereka. Bagi orang yang makan gaji, ada yang berbelanja sakan sampai duit gaji tinggal cukup-cukup untuk tunggu gaji bulan berikutnya. Berapakah baki wang yang akan kita perolehi selepas ditolak?. Pembaca boleh memperbaiki dan mengenal pasti prestasi kewangan dengan berpandukan pedoman berikut:

1 - Kenal pasti kedudukan kewangan semasa.
2 - Kenal pasti matlamat kewangan.
3 - Kenal pasti tindakan alternatif yang sesuai dengan diri sendiri dengan mengambil perhatian situasi kehidupan, nilai peribadi, faktor ekonomi dan membuat penilaian risiko.
4 - Mencipta dan melaksanakan pelan tindakan kewangan.
5 - Menilai dan menyemak semula rancangan kewangan untuk memastikan pelan yang dirancang itu berjaya.

Buku ini dipersembahkan secara santai dan bersahaja, namun idea-idea yang disampaikan adalah amat serius untuk semua pembaca mempraktikkan supaya pembaca dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik, bijak dan berhemah. InsyaAllah!.

3 KUNCI KEWANGAN ASAS:
- BELANJA KURANG DARI PENDAPATAN
- TAMBAHKAN SIMPANAN
- TAMBAHKAN PENDAPATAN



Mudahnya Berniaga Dengan Blogshop



Buku ini menjadi panduan kepada peniaga-peniaga kecil di seluruh negara bagi mengatur strategi membuka blog bisnes sendiri. Meskipun tidak ada asas membina web sendiri. Gunakan formula yang terbukti berkesan, iaitu ‘mulakan dengan apa yang di tangan!’ Mudahnya Bisnes dengan Blog Shop mendedahkan langkah hebat:
- Tip praktikal memilih bisnes yang sesuai bermodalkan apa di tangan.
- Jadikan pelanggan yakin dan suka dengan blog shop yang dihasilkan.
- Teknik bina, urus dan kembangkan bisnes pada bila-bila masa.
Bahagian 1: Cari idea jadi peniaga di internet
Bahagian 2: Buka pintu blog shop dengan Google

Bahagian 3: Bina blog shop, kedai pertama kita
Bahagian 4: Mudahkan pesanan produk dan perkhidmatan
Bahagian 5: Mudahkan paparan imej produk dan perkhidmatan
Bahagian 6: Menulis iklan jualan yang mempengaruhi pelanggan
Bahagian 7: Simpan senarai pelanggan setia
Bahagian 8: Promosi blog shop kepada orang ramai

Memulakan Bisnes Sendiri


Tajuk : Memulakan Bisnes Sendiri
Pengarang : Ainon Mohd
Penerbit : PTS Professional
ISBN : 9799833376079
Mukasurat : 248 Halaman
Price: MYR 36.00
Shipping:MYR 4.50

Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.
Kandungan:
Bahagian 1: Sebelum Memulakan Bisnes Sendiri
Bahagian 2: Mitos dalam Dunia Bisnes
Bahagian 3: Memilih Syarikat dan Sektor Bisnes
Bahagian 4: Perkara Baik yang Membahayakan
Bahagian 5: Motivasi Memulakan Bisnes
Bahagian 6: Latar Belakang Usahawan Baru
Bahagian 7: Politik dan Usahawan
Bahagian 8: Memilih Rakan Kongsi
Bahagian 9: Bagaimana Syarikat Dirompak
Bahagian 10: Perniagaan Gerai dan Restoran
Bahagian 11: Gol Sebagai Senjata Kejayaan

Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan

Tajuk buku:Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan
Penulis: Ridz Muhammad dan Jelita A.Rahim
Penerbit: Sprint Career Academy.
Tahun : 2006
ISBN: 983-41926-9-X
Cetakan Pertama: April, 2006
Cetakan Kedua: Oktober, 2006
Harga: RM18.90 senaskah
Anda bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri? Mungkin anda pernah melalui situasi di atas dan mungkin anda telah beberapa kali diberi ‘nasihat’, cabaran, ungkapan serta tanggapan negatif yang bertujuan melemahkan semangat. Jangan mudah berputus asa. Jika apa yang anda ketahui boleh dijual, anda boleh memulakan sebuah perniagaan yang berjaya.
Rahsia dan Strategi Merancang Bisnes Anda Ke Arah Kejayaan mendedahkan segala rahsia dan strategi ahli-ahli perniagaan berjaya yang telah diamalkan selama 20 tahun dan perlu diketahui untuk membantu anda merancang perniagaan sendiri.
  • 10 kaedah cepat untuk memajukan perniagaan kecil.
  • 10 kaedah berkesan meningkatkan keuntungan perniagaan.
  • Menyediakan kertas cadangan perniagaan yang menyakinkan.
  • Langkah-langkah meningkatkan peluang kelulusan pinjaman
  • Panduan mudah memilih, merancang, menubuh, mengurus, mencari modal dan mengembangkan perniagaan kecil.
Tidak kira sama ada anda baru sahaja menamatkan pengajian, sedang bekerja atau bercadang ingin memulakan perniagaan sendiri, buku ini mesti dimiliki untuk berjaya dalam perniagaan yang ingin diceburi secara sambilan atau sepenuh masa.
Jika anda pemilik atau pengurus perniagaan sedia ada, buku ini merupakan rujukan tambahan untuk anda meningkatkan lagi kualiti pengurusan atau memperbaiki situasi perniagaan yang sedang dijalankan. Kepada anda yang ingin memohon pekerjaan di syarikat atau organisasi perniagaan, buku ini menyediakan anda dengan pengetahuan yang perlu mengenai pengurusan serta struktur sesebuah organisasi perniagaan dan pengetahuan ini akan memberi anda keyakinan, kelebihan di samping menambah nilai diri (value-add) apabila menghadiri sesi temuduga kerja.
Pencapaian:
Buku ini telah dipilih oleh Perpusatakaan Negara Malaysia untuk dibekalkan ke seluruh perpustaksaan desa seluruh negara sebagai bahan bacaan dan rujukan masyarakat desa dibawah projek Perpusatakaan Negara Malaysia (PNM), Rancangan Malaysia Ke-9.
KANDUNGAN
1. Ciri-ciri Utama Usahawan
2. Memilih Perniagaan Yang Sesuai
3. Menamakan Perniagaan
4. Panduan Permohonan Nama Perniagaan
5. Jenis-jenis Penubuhan Perniagaan
6. Panduan Pendaftaran Perniagaan
7. Bermula Secara Kecil-kecilan
8. Membiayai Perniagaan
9. Langkah-langkah Meningkatkan Peluang Pinjaman
10. Memilih Rakan Kongsi
11. Penggunaan Tenaga Pakar
12. Pengurusan Masa
13. Pemilihan Lokasi Strategik
14. Pengurusan Organisasi Perniagaan Kecil
15. Pentadbiran Pejabat
16. Langkah-langkah Membangunkan Produk
17. Penyediaan Rancangan Perniagaan
18. Menganalisa Situasi Perniagaan
19. Perancangan Sistem Operasi
20. Perancangan Jualan dan Pemasaran
21. Perancangan Kewangan
22. Jenis-jenis Dokumen Perniagaan
23. Menetapkan Harga Jualan
24. Percukaian
25. Panduan Mengira Zakat
26. Sebelum Anda Bermula
CONTOH-CONTOH PENYATA KEWANGAN
27. Penyata Ringkasan Projek
28. Penyata Perbelanjaan Modal
29. Penyata Perbelanjaan Operasi
30. Pro-Forma Penyata Aliran Tunai (1 Bulan)
31. Pro-Forma Penyata Pendapatan (1 Bulan)
32. Pro-Forma Penyata Aliran Tunai (12 Bulan)
33. Pro-Forma Penyata Pendapatan (12 Bulan)
34. Penyata Imbangan Duga dan Susut Nilai
35. Analisa Titik Pulangan Modal
36. Formula Menentukan Harga Jualan Produk
CONTOH-CONTOH DOKUMEN PERNIAGAAN
37. Sebutharga
38. Pesanan Pembelian
39. Invois
40. Pesanan Penghantaran
41. Baucer Pembayaran dan Tunai Kecil
BONUS
42. Tips Bisnes 20 Tahun
43. Carta Semakan Memulakan Perniagaan
44. Direktori Perniagaan Kecil

Membentuk Peribadi Usahawan Berjaya

 ISBN 978-967-5415-13-5
104 muka surat

Usahawan berjaya tergolong sebagai individu yang cemerlang dalam aktiviti keusahawanan dan mempraktiskan tuntutan keagamaan secara sempurna atas kapasitinya sebagai seorang Muslim, Mukmin dan Muhsin. Usahawan yang jumud, iaitu tidak mahu menerima perubahan untuk memenuhi tuntutan realiti semasa, akan ketinggalan dan tidak dapat berdaya saing dengan bangsa-bangsa lain di pentas global dan ini bertentangan dengan semangat kemajuan yang dituntut dalam falsafah muamalah Islam. 

Usahawan yang dididik dan didorong dengan semangat al-Falah akan berusaha secara konsisten dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah al- Ard untuk melakukan kebaikan kepada manusia demi mencari keredaan yang hakiki. Semangat al-Falah yang dihayati oleh usahawan Muslim secara bertenaga akan mendorong mereka mengoptimumkan segala sumber yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk kemaslahatan umat menusia sejagat. Berpegang kepada konsep ini, usahawan Muslim akan menjauhkan diri daripada mereka yang terlibat dengan sebarang bentuk penyelewengan dan unsur-unsur yang boleh mencemarkan keharmonian sistem keusahawanan Islam.

Keusahawanan Islam 2010

ISBN 978-967-5415-11-1
126 muka surat
 
Buku Keusahawanan Islam ini menjelaskan pengertian konsep, kedudukan dan ciri-ciri keusahawanan berasaskan pegangan Islam. Menurut ajaran Islam, setiap bidang komponen keperluan manusia termasuk aspek keusahawanan terikat dengan konsep pandang semesta tauhid. Elemen tauhid akan mencerminkan satu keunikan tentang keistimewaan sistem keusahawanan Islam yang diwarnai dengan nilai-nilai mahmudah bersendikan kerangka ajaran Islam. Nilai-nilai kolektif keusahawanan yang disaduri dengan nilai-nilai mahmudah akan menonjolkan ciri-ciri yang positif seperti keadilan, kesaksamaan, kebaikan dan memelihara kepentingan umum. Semua ciri ini adalah kriteria kepada model pembangunan usahawan berjaya. Selain itu, konsep keusahawanan dalam Islam yang digarap dengan konsep `ubudiyyah' dan konsep khalifatulard juga akan melahirkan individu usahawan yang bukan sahaja berjaya dalam keperluan duniawi, malah termasuk dalam golongan yang berjaya pada hari akhirat kelak. Inilah kejayaan (al-falah) yang dislogankan dalam Islam, ia bersifat bersepadu dalam memenuhi fitrah kemanusiaan.

Buku ini juga dapat memberi gambaran asas kepada pembaca untuk mengetahui konsep asas keusahawanan Islam dengan lebih jelas lagi dan mengangkat martabat disiplin keusahawanan Islam sama seperti disiplin keilmuan yang lain.

Usahawan Wanita Penuh Inspirasi

Buku 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia ini mengandungi kisah-kisah usahawan wanita Malaysia yang berjaya mengharungi  liku-liku dunia perniagaan masing-masing. Selain memaparkan kisah, buku ini juga mengandungi tip kejayaan bagi hampir setiap tokoh yang ditulis.
Antara tokoh yang dimuatkan dalam buku ini ialah :
1. Datuk Maznah Hamid (Securiforce)
2. Datuk Khatijah Ahmad (KAF Group)
3. Puan Sri Datin Mazmin Nordin (Halim Mazmin Berhad – firma kapal)
4. Dato’ Dr. Zahrah Kadir (B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd)
5. Datin Sharifah Anisah (Nona Roguy)
6. Dato’ Dr. Jannie Tay (The Hour Glass Limited – memasarkan jam tangan buatan Swiss)
7. Dato’ Farah Khan (Melium Group)
8. Datin Paduka Siti Sa’sdiah Sheikh Bakir (Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Healthcare Berhad)
9. Dato’ Hazimah Zainudin (Hyrax Oil Sdn. Bhd)
10. Dr. Norsaidatul Akmar Mazelan (Think Plus Consulting Sdn. Bhd)
11. Datin Dr. Clara Lee ( Clara International Beauty Group Sdn. Bhd)
12. Datin Dr. Rehana Kassim (RehanStat Sdn. Bhd – perkhidmatan penyelidikan pemasaran)
13. Datuk Norida Hamzah (Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd – pertahanan dan penerbangan).
14. Nafisah Radin (NR Architect dan NR Interior Design).
15. Faiza Bawumi Sayed Ahmad (Syarikat Faiza Sdn. Bhd – beras)
16. Helen Read (Ms Read Sdn. Bhd – rangkaian butik pakaian untuk wanita bertubuh besar)
17. Dr. Wang Kim Ha ( Smart Reader Worldwide Sdn. Bhd)
18. Neeta Gosalia (Neetha Herbals Sdn. Bhd)
19. Noraini Soltan Talib (Sipro Plastic Industries Sdn. Bhd)
20. Saliza Abdullah (Berani Guard Sdn. Bhd)
21. Shahreen Kamaluddin (Personal Empowerment Training & Consulting Sdn. Bhd)
22. Tengku Rozaidar Tengku Zainol Abidin (Nineteen O One Sdn. Bhd. – makanan berasaskan hot dog)
23. Margaret Chin (Roots Consulting Sdn. Bhd. – sistem
 balanced scorecard)
24. Caroline Russell (Boh Plantation Sdn. Bhd)
25. Rozita Ibrahim (Sendayu Tinggi)
Sekadar menyebut 25 daripada 50 orang ikon yang ditulis dalam buku tersebut. Buku ini diterbitkan oleh
 PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. dan ditulis oleh Norlela Zubir, seorang ahli perniagaan, mentor, konsultan dan coach perniagaan.
Nota:
Kalau nak berjumpa dengan semua tokoh tersebut dan mengutip pengalaman mereka tentu tidak berkesempatan. Namun dengan adanya buku ini, bolehlah kita memetik  inspirasi dan motivasi.

Usahawan Kaya Wang Kaya Iman


Buku keenam terbitan PTS Millenia ditulis untuk mendidik usahawan agar berjaya dalam perniagaan dan mengikuti garis-garis islam.
1. Benarkah islam sudah lama menyediakan garis panduan bagi kita menceburi keusahawanan?
2. Apakah etika-etika keusahawanan menurut islam?
3. Apakah tip-tip mencapai kejayaan dalam perniagaan?
4. Siapakah contoh teladan terbaik dalam keusahawanan berpaksikan islam?

Keusahawanan dan perniagaan adalah bidang yang dijamin 9/10 rezeki, asalkan kita mencurahkan sepenuh komitmen dan menjunjung tinggi etika yang digariskan dalam Islam.

Usahawan : Kaya Wang Kaya Iman memimpin pembaca menguasai ilmu-ilmu keusahawanan berteraskan kerangka agama, daripada sekecil-kecil perkara, iaitu panduan memulakan karier sebagai usahawan sehinggalah kepada aspek bagaimana penglibatan usahawan dalam membangunkan ekonomi umat Islam.

Usahawan : Kaya Wang Kaya Iman ditulis bagi membolehkan saudara memperoleh manual lengkap bagi meraih keuntungan dunia, dalam masa yang sama sentiasa meletakkan saudara di atas landasan yang tepat, bergerak menuju ke syurga akhirat.